HBK SUPPLIER RAW MATERIAL

 

Business Address: BP 4, Bandar Bukit Puchong, 47100 Puchong, Selangor, Malaysia

Email: ventureshbk@gmail.com

Tel: 0163601999

Perniagaan HBK Global Ventures telah berlangsung dari Oktober 2016 sebagai syarikat yang sah berdaftar SSM 002621215-D di Malaysia. Syarikat ini ditubuhkan bagi memenuhi permintaan pelanggan terutamanya kilang-kilang yang memerlukan bahan kosmetik bagi pembuatan produk kosmetik dan penjagaan harian. HBK Global Ventures mempunyai unjuran  kewangan RM20k sebulan bagi syarikat yang baru beroperasi selama 10 bulan. Kami menjangkakan pencapaian unjuran kewangan akan meningkat sebanyak 100% dalam masa setahun lagi berdasarkan peningkatan jumlah permintaan terhadap bahan ekstrak daripada tumbuhan dan herba sejak kebelakangan ini. Tambahan lagi syarikat juga telah meluaskan kawasan perindustrian syarikat serta mempunyai agent di Sungai Besi Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan bertemu pelanggan. Bagi memudahkan urusan jual beli juga, syarikat membekalkan kepada pelanggan terus di premis pelanggan selepas pembayaran oleh pelanggan. Agent bergerak juga memastikan pelanggan mudah dijumpai dan mempercepatkan urusan pembekalan bahan mentah. Pada masa hadapan juga, syarikat akan memperluaskan lagi koleksi bahan mentah seiring dengan permintaan pelanggan serta menyediakan ekstrak berdasarkan permintaan khas pelanggan.

Niche perniagaan HBK Global Ventures adalah membekalkan bahan-bahan kosmetik untuk tujuan perkilangan. Bahan mentah utama syarikat kami keluarkan adalah Ekstrak Daun Bidara dan juga beratus ekstrak daun, bunga dan herba dalam bentuk essential oil.

MISI SYARIKAT

Bertujuan menjadi peneraju utama dalam menghasilkan Essential Oil terutamanya Essntial Oil Daun Bidara dan Aloe Vera yang utama di Malaysia.

VISI SYARIKAT

Membekalkan bahan mentah ekstrak tumbuhan dan herba yang berkualiti kepada pelanggan.

Kami juga berazam untuk membina hubungan jangka panjang kepada pelanggan kami dan menawarkan bekalan ekstrak yang berterusan dan sentiasa berinovasi dengan menggunakan teknologi yang maju dalam penghasilan ekstrak.

Core values• We believe in treating our customers with respect and faith• We grow through creativity, invention and innovation.• We integrate honesty, integrity and business ethics into all aspects of our business functioning

Goals• Regional expansion in the field of supplier and develop a strong base of key customers.• Increase the assets and investments of the company to support the development of services.• To build good reputation in the field of cosmetic's ingredients supplier and become a key player in the industry.

Modus operasi syarikat 

Menghasilkan ekstrak daun bidara beserta dengan sijil pengiktirafan bagi kegunaan industri untuk mendaftarkan produk masing-masing.

Menghasilkan pelbagai ekstrak berdasarkan permintaan dan pilihan pelanggan sendiri.

Memperhalusi kewangan

Syarikat akan berusaha memastikan mencapai keuntungan yang diingini dalam tahun pertama beroperasi dan tidak akan terlibat dalam masalah kewangan yang serius. Kami percaya bahawa keuntungan setiap bulan adalah mencukupi untuk 3 tahun pertama kami beroperasi. Setakat ini kewangan syarikat adalah bebas hutang dan menjalankan perniagaan secara tunai.

 

Best viewed in Chrome Browser. Login to AVANA Dashboard.
Copyright Reserved 2019
Powered with
by AVANA
Click Below To Share